Pada suatu hari, anda baru pulang dari kerja dan terjumpa satu sampul yang agak besar di dalam peti surat. Anda buka dan dapati bahawa ianya merupakan suatu surat dari firma guaman yang melampirkan bersama; Writ Saman serta Pernyataan Tuntutan. Terdetik di dalam hati kecil,
“Oh man, what is this?”
Usah gusah, usah gentar. Bertenang sahaja. Apa yang anda perlu lakukan selepas menerima surat saman tersebut?
1. Jangan panik!
2. Catatkan di atas Saman tersebut tarikh anda menerimanya dan bagaimana anda menerimanya. Contoh:
“Terima pada 19/11/2020 – secara pos biasa/ pos berdaftar/ pos AR berdaftar/ serahan tangan (ada orang serahkan kepada anda)/ terjumpa depan pintu rumah tanpa setem etc”
3. Baca kembali surat dari firma guaman itu dan catatkan dalam kalendar anda bilakah tarikh pengurusan kes yang telah ditetapkan oleh Mahkamah, di Mahkamah manakah kes anda akan dibicarakan dan nombor kes anda. Contoh nombor kes adalah: WA-22NCVC-101-11/2020. Jadilah seseorang yang disaman atau Defendan yang cakna.
4. Baca Pernyataan Tuntutan yang dilampirkan bersama surat saman tersebut untuk mengetahui mengapa anda di saman, siapa yang menyaman anda, apakah kisah pihak yang menyaman anda itu (atau dikenali sebagai Plaintif) dan apakah yang dituntut oleh Plaintif terhadap anda.
5. Sediakan semua dokumen yang anda ada untuk menyangkal kisah dan tuntutan Plaintif tersebut dan sediakan kisah anda dengan terperinci supaya anda tidak akan lupa kelak bila berjumpa dengan peguam.
6. Hubungi peguam. Langkah ke-enam ini perlu dilakukan dalam kadar segera. Sebaik-baiknya, 3 hari selepas anda menerima surat saman tersebut. Maknanya, langkah 1 – 5 must be done promptly without unreasonable delay. Semuanya perlu pantas, pantas dan pantas!
7. Semasa berjumpa dengan peguam yang dipilih, bawa semua dokumen yang berkenaan supaya peguam anda pula dapat membuat penilaian dari segi undang-undang. Beritahu segala-galanya kepada peguam anda supaya peguam anda mendapat maklumat yang menyeluruh dan dapat menyediakan pembelaan serta strategi menyeluruh yang terbaik untuk anda.
8. Biarkan peguam anda melakukan kerja mereka tapi pada masa yang sama, sentiasa ambil tahu akan perkembangan kes anda.
Kes anda akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang telah dikemukakan, keterangan anda dan saksi-saksi serta undang-undang yang relevan. Menang atau kalah adalah bergantung pada faktor-faktor di atas.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui capaian “Contact Us“.